Week 6 : REFLEKSI

HARI : ISNIN

TARIKH :25/3/2019

SCRATCH adalah bahasa pengaturcaraan yang memudahkan untuk membuat cerita interaktif, animasi, permainan video, muzik, dan seni. Seterusnya dapat berkongsi ciptaan anda di web.


Dalam tugasan yang diberikan iaitu mencipta permainan video yang mudah dan animasi. Bagi saya, saya tidak memahami secara menyeluruh ketika pertama kali melayari aplikasi scratch. Walaupun cuba diajar langkah demi langkah oleh Dr.Wani namun saya tetap tidak dapat memahami cara untuk menggunakan Scratch. Antara perkara yang saya tidak faham adalah untuk memilih dan menyusun Script yang betul. Setiap item dalam Script mempunyai fungsi tertentu jika digunakan. Cara penyelesaian untuk masalah yang dihadapi oleh saya adalah dengan menghafal setiap item dan fungsinya melalui tontonan Youtube.

Dr.wani menerangkan mengenai apa itu scratch 3.0. Scratch 3.0 ini boleh digunakan dalam offline. Ia sinonim kepada website atau offline. Applikasi ini juga boleh drawing dalam nya. Satu program atau programming yang disebut sebagai bahasa pengantaraan. Ia mengajar kita mengenai pergerakan. Penghasilan game boleh dilakukan dalam scratch 3.0 ini. Sebagai contoh game kucing seperti ini :

Cara untuk menggerakkan objek dan menambahkan perkataan.

Masukkan latar belakang supaya kelihatan lebih menarik.
Script Pongball
Hasil pertama saya mencipta game kucing ini waktu siang 🙂
Hasil kedua saya mencipta game kucing ini waktu malam 🙂