HARI: ISNIN
TARIKH: 11/3/2019
Masuk kelas seperti biasa, Dr.Wani mengajar kita mengenai penggunaan Photoshop. Belajar mengenai animasi frame dan juga pembuatan header untuk blog atau page menggunakan applikasi Photoshop. Ia juga boleh digunakan untuk mengedit dan membuat video yang simple.
Tugasan pada kuliah lalu adalah membuat animasi menggunakan aplikasi photoshop. Tujuan animasi ini dibuat adalah untuk diletak sebagai header pada WordPress. Pada mulanya, pensyarah mengarahkan untuk membuka aplikasi Adobe Photoshop. Semasa di dalam kelas, terdapat dua versi photoshop yang digunakan oleh pelajar iaitu Photoshop versi cs6 dan cc. Kedua-dua versi ini terdapat sedikit perbezaan namun masih mempunyai fungsi sama.
Bagi animasi yang telah saya hasilkan, saya memilih ayat “welcome to my wordpress” sebagai kata aluan dalam header Wordpress saya. Saya juga memasukkan sekali warna latar belakang yang diubahsuai bagi menampakkan header saya lebih menarik.


Perkara baru yang saya pelajari adalah pengalaman dalam mengesplorasi kelebihan yang ada dalam Photoshop. Sebelum ini, saya sendiri tidak tahu bahawa Photoshop boleh digunakan untuk menghasilkan animasi selain ia berfungsi untuk mengedit gambar, video dan sebagainya.