Week 3: REFLEKSI

HARI: ISNIN

TARIKH: 4/3/2019

Pembelajaran mengenai ‘Quick Draw’,‘Auto Draw’,’Google Drawing’.

Quick Draw : Permainan mengajar kita untuk melukis dengan pantas menggunakan Laptop atau Komputer.

Auto Draw : Mengkaji sesuatu lukisan menggunakan laptop atau komputer. Dapat melukis permandangan, taman, dan permainan.

Alat online terbaru Google “AutoDraw” akan menjadi penyelamat bagi semua yang ingin membuat lukisan tetapi mengalami kesulitan untuk berdepan dengan pen dan kertas. Dengan memanfaatkan kuasa kepintaran Artificial Intelligence (AI), Google telah membangunkan otak elektronik yang dapat mengenali sebahagian besar tulisan dan coretan sehingga menjadikan lukisan garis profesional.

Google Drawing : Mengajar kita mengenai lukisan dalam laptop dengan melakar gambar potrait atau landskap . Google Drawing membolehkan berbilang pengguna untuk membuka dan mengedit lukisan secara serentak dalam masa nyata. Ia mengandungi sebahagian daripada ciri-ciri dalam Slaid Google tetapi dengan templat yang berbeza. Pengguna boleh memasukkan imej dari pemacu keras tempatan atau dari Web, serta bentuk, anak panah, scribbles dan teks. Google Drawing telah menetapkan simbol carta alir dan bentuk lain yang boleh diseret dan digugurkan. Pengguna boleh memindahkan, mengubah saiz dan memutarkan objek, dan menggunakan penyambung garis dan garis lurus. Lukisan boleh dimasukkan ke dalam dokumen, hamparan atau persembahan Google yang lain. Lukisan juga boleh diterbitkan dalam talian sebagai imej atau dimuat turun dalam format standard seperti JPEG, SVG, PNG, atau PDF.

Secara keseluruhannya, aplikasi Google Drawing dan Autodraw ini amat sesuai untuk dijadikan alat untuk mengajar di sekolah nanti terutamanya bagi kelas pendidikan seni visual kerana mudah untuk dipelajari sekiranya diberi tunjuk ajar yang betul. Oleh itu, saya rasa bertanggungjawab untuk memperkayakan diri saya untuk mempelajari aplikasi ini dengan lebih serius agar saya dapat membawa ilmu ini kepada murid-murid kelak serta berasa yakin untuk mengajar kerana memiliki ilmu dalam bidang digital umumnya.

Dr Wani mengajar kita menggunakan google drawing dengan melukis potrait muka sendiri dengan teliti. Menghantar kerja pada minggu ke 5.

Auto Draw menghasilkan pemandangan yang saya cipta sendiri 🙂
Google Drawing menghasilkan Potret Muka Sendiri
Ummi Karmila Binti Sadri 🙂