Week 2 : REFLEKSI

WordPress

HARI: ISNIN

TARIKH: 25/2/2019

https://ummikarmila02.home.blog/
Link wordpress saya 🙂

Apa yang dipelajari berkaitan “wordpress” Terdapat beberapa kelebihan mempelajari dan menggunakan wordpress. Salah satu perisian (software) yang popular dalam website dan blog adalah perisian wordpress. WordPress adalah perisian percuma yang boleh digunakan oleh sesiapa saja. Dr. Wani menerang mengenai wordpress yang dapat mengajar kita dalam dunia blogging. WordPress ini mesra pengguna dan juga merupakan platform utama dalam membina website standard.

WordPress merupakan sistem penerbitan blog yang ditulis dalam Bahasa pengaturcaraan PHP dan disokong oleh pangkalan data MySQL. WordPress merupakan evolusi yang paling berjaya dari induk sistem penerbitan blog dan memiliki sejumlah besar pengguna dan pemaju untuk perisiannya. WordPress telah berubah menjadi antara pengedaran web paling terkenal. Ketika di kelas bagi mempelajari fungsi WordPress, saya mengalami beberapa kesukaran seperti mengingat langkah untuk membina akaun wordpress sendiri kerana mempunyai banyak langkah yang perlu dilalui. Masalah apabila memasuki tema untuk WordPress saya. Masalah untuk mencipta dan menambah jenis tema yang sesuai dan mempunyai widget untuk dipaparkan. terdapat tema yang tidak mempunyai widget walaupun boleh digunakan secara percuma. Kesukaran yang lain yang dihadapi oleh rakan adalah masalah nama alamat yang digunakan untuk WordPress di mana nama yang telah dibuat dari awalnya  tidak boleh diubah melainkan akaun WordPress baru dibuat. Dr.wani mengajar penggunaan WordPress adalah dengan menambahkan widget-widget seperti calender, categories, dan follow blog. Secara keseluruhannya, WordPress ternyata lebih sukar untuk dibuat dan difahami berbanding blog. Namun sekiranya dipraktikan dengan bersungguh-sungguh, WordPress boleh menjadi sesuatu yang sangat berguna terutamanya bagi setiap individu yang mempunyai minat di dalam bidang perniagaan kerana WordPress boleh dijadikan platform berkesan dalam mempromosikan perniagaan kita. Bagi guru pula, WordPress juga berfungsi serupa blog iaitu boleh berkongsi ilmu tentang subjek yang kita pelajari dan ajari untuk djadikan rujukan kepada pelajar.